fbpx

Perlukah saringan atau ujian darah tiroid / TFT ?

Jika anda mempunyai masalah berat badan, gelisah atau kemurungan, anda mungkin mempunyai masalah tiroid.

 

Tiroid adalah kelenjar yang berada pada bahagian leher dan menghasilkan hormon tiroid, yang mengawal banyak aktiviti di dalam badan anda, termasuk ;

  • mengawal metabolisma dan tumbesaran badan,
  • mengawal denyutan jantung, 
  • mengawal fungsi otot dan sistem penghadaman,
  • mengawal suhu badan
  • mengawal sistem urat saraf
  • kitaran haid
  • dan banyak lagi

Penyakit tiroid akan menyebabkan penghasilan hormon tiroid yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.

Wanita lebih cenderung untuk menghidap penyakit tiroid, terutama selepas kehamilan dan selepas menopaus.

Bila perlu saya lakukan ujian fungsi tiroid?

  • Berat badan meningkat, keletihan, kemurungan, susah tidur, kulit kering, rambut dan kuku menjadi rapuh (kemungkinan tiroid kurang aktif)
  • Penurunan berat badan yang tidak dirancang, sering gelisah, rambut gugur, tangan bergetar, sensitif terhadap panas, dan sering cemas (kemungkinan tiroid terlalu aktif)
  • Kadar hormon tiroid anda tahun lalu telah berada pada tahap yang merisaukan. 

Ujian Tiroid atau Thyroid Function Test (TFT), adalah ujian darah yang sering dilakukan oleh doktor untuk mengenalpasti kadar hormon tiroid anda.
Biomarker yang diperiksa adalah FT3, FT4, dan TSH.


Periksa tiroid anda dengan hanya cucuk di jari : www.careninja.my